Friday, January 30, 2009

Welcome to Anjer's Corner

~Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~



Pertama sekali saya ingin memanjatkan sejuta kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberi berkat dan memayungi kami sekeluarga dengan limpah kurnia dan rahmat dan juga keberketan rezeki kami..

Anjer's Corner yang dulu hanya dikenali dengan gerai burger bertempat di hadapan Hotel Casadela Rosa yang dahulu dikenali sebagai Golf Course Inn telah berkembang sedikit demi sedikit sehingga menjadi Kedai Makan yang agak popular di kalangan warga Cameron Highlands.

Gerai burger ini telah diasaskan oleh En Murli Fansuri Bin Zakaria juga merupakan anak sulung dan kini dimajukan sepenuhnya oleh family beliau iaitu Puan Sopiah, En Zakaria,En Murli Farzizi, En Murli Faizrul dan juga Cik Murni Farsiha.Perniagaan ini bermula pada tahun 1999 ketika beliau tamat Sijil Pelajaran Malaysia. Perniagaan ini terus berkembang sehingga beliu mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke universiti tempatan, sebelum beliau melanjutkan pelajaran, peniagaan ini telah diwariskan kepada ayah dan ibunda tercinta serta adik-adik.

Setelah beliau menamatkan pengajian selama 3 tahun, sekali lagi beliau melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di United Kingdom selama 5 tahun.Di situ beliau sering membantu ibu dan ayah serta adik-adik dalam selok belok perniagaan yang mana pada peringkat permulaan produk yang diniagakan hanya pada burger dan minuman ringan. Kemudian pada peringkat kedua produk perniagaan ditambah kepada hasil jualan goreng2 seperti pisang goreng,cempedak goreng,keledek dan lain2.

Kemudian pada peringkat ketiga,permintaan terhadap tapak perniagaan telah dipohon melalui Majlis Daerah Cameron Highlands.Alhamdulillah permohonan diluluskan dgn mendapat tapak tetap di hadapan hotel Casadela Rosa.Seterusnya peroduk perniagaan ditambah kepada jualan makanan panas disamping produk asal yang dikekalkan sehingga ke hari ini.

Produk yang sering mendapat sambutan adalah keistimewaan citarasa burger yang pelbagai menu,mee kari dan laksa serta tidak lupa juga nasi ayam.Disamping itu juga, Anjer's Corner sedia menerima tempahan catering serta tempahan terus ke rumah atau hotel bagi pelancong yang datang ke cameron highlands.Tidak lupa juga,pada pelancong yang ingin datang ke cameron highlands serta ingin bermalam, kami juga sedia menerima tempahan apartment fully furnished dgn harga mengikut musim.

Anjer's Corner mengalu-alu kedatangan Tuan Puan.

Sekian Terima Kasih

Webmaster : Mrs. Fansuri (Nurhaizi)



Caption: The stall is named after the person with the white shirt,'Anjer'.




Caption: Gerai Burger Anjer's Corner dan juga Gerai Pisang Goreng.


Caption: Hotel Casa Dela Rossa yg dahulunya dikenali sebagai Golf Course Inn.








1 comment: